Tentera cari anjing pengesan hilang di Amazon - Utusan Malaysia

Tentera cari anjing pengesan hilang di Amazon

ANJING pengesan baka Belgian Sheperd, Wilson hilang dua minggu lalu ketika misi mencari empat kanak-kanak hilang di hutan Amazon.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Seekor anjing pengesan yang membantu misi menyelamat empat kanak-kanak di hutan Amazon kini dilaporkan hilang.

erpuluh-puluh askar dikerahkan ke hutan untuk mencari anjing berkenaan yang hilang ketika mengikuti misi menyelamat tersebut dua minggu lalu.

Rakyat Colombia turut membantu meletakkan poster mencari anjing  bernama Wilson itu di tingkap rumah mereka.

“Pencarian belum berakhir. Lebih 70 anggota tentera masih berada di dalam hutan tebal itu untuk mencari anjing dari baka Belgian Sheperd bernama Wilson.  

“Mereka termasuk Cristian David Lara, pengendali Wilson sejak dia masih kecil dalam latihan. Malang sekali anjing itu tidak dilengkapi dengan penjejak untuk menghalang musuh daripada mengesannya,” jelas tentera Colombia dalam satu kenyataan.

Cristian berkata,  terdapat bukti bahawa Wilson menemui kanak-kanak itu lebih awal dan turut membantu menjaga mereka sebelum pasukan penyelamat tiba.

Kesan tapak kaki anjing juga dilaporkan dikesan berhampiran tapak perkhemahan empat kanak-kanak itu sejurus sebelum pasukan penyelamat sampai memberikan bantuan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya