Taufan Mawar: Lebih 40,000 penduduk di Okinawa diarahkan berpindah - Utusan Malaysia

Taufan Mawar: Lebih 40,000 penduduk di Okinawa diarahkan berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan berpindah kepada lebih 46,000 penduduk bandar Nanjo di wilayah Okinawa ekoran Taufan Mawar kini menghampiri wilayah itu, lapor Sputnik.

Penduduk yang tinggal di kawasan pantai digesa berpindah ke tempat selamat susulan amaran bahaya tahap empat pada skala lima sudah diisytiharkan.

Sementara itu, amaran bahaya tahap tiga diisytiharkan di kawasan bandar yang menggesa pemindahan segera warga emas dan mereka yang terhad pergerakan, lapor penyiar NHK pada Khamis.

Taufan Mawar yang sangat kuat kini berada di luar pantai Okinawa. Tekanan di tengah taufan mencecah 970 hektopascal dan angin melebihi kelajuan 30 meter sesaat, dengan tiupan sehingga 45 meter sesaat.

Taufan Mawar dijangka bertukar arah ke timur laut dan melepasi selatan bahagian utama Jepun dalam tempoh 24 jam akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya