Tapak perkuburan tertua dunia ditemukan di Afrika Selatan - Utusan Malaysia

Tapak perkuburan tertua dunia ditemukan di Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAROPENG: Pasukan paleontologi menemukan tapak perkuburan tertua di dunia di Afrika Selatan, lokasi persemadian masyarakat purba berotak kecil yang sebelum ini dianggap tidak mampu melakukan tingkah laku kompleks.

Pasukan itu diketuai ahli paleoantropologi terkenal, Lee Berger.

Pengkaji menemui beberapa spesimen Homo naledi, iaitu hominid zaman batu yang cenderung tingkah laku memanjat pokok, tertimbus kira-kira 30 meter di bawah tanah dalam sistem gua dalam Cradle of Humankind, tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berhampiran Johannesburg.

“Ini adalah perkuburan paling purba yang pernah direkodkan dalam rekod hominin, lebih awal daripada bukti perkuburan Homo sapiens sekurang-kurangnya 100,000 tahun,” demikian yang ditulis saintis dalam eLife.

Penemuan terbabit mencabar pemahaman semasa evolusi manusia, berikutan ia biasanya dianggap perkembangan otak yang lebih besar dibenarkan untuk melakukan aktiviti kompleks, ‘memberi penafsiran’ seperti mengebumikan orang mati.

Pengebumian tertua pernah ditemukan sebelum ini, yang dijumpai di Asia Barat dan Afrika, menemui mayat Homo sapiens dan dianggarkan berusia sekitar 100,000 tahun.

Mereka yang ditemui di Afrika Selatan oleh Berger, yang pengumumannya sebelum ini menjadi kontroversi dan rakan penyelidiknya, bermula pada sekurang-kurangnya 200,000 tahun sebelum masihi (SM).

Secara kritis, dengan penemuan Homo naledi, spesies primitif di antara beruk dan manusia moden, yang mempunyai otak sebesar saiz buah oren dan mempunyai ketinggian kira-kira 1.5 meter (lima kaki).

Dengan jari tangan dan kaki yang melengkung, anggota itu digunakan untuk berjalan, spesies yang ditemui oleh Berger yang mengubah tanggapan perkembangan evolusi manusia ialah garis lurus. Homo naledi dinamakan sempena sistem gua ‘Rising Star’ iaitu tulang pertama ditemui pada 2013.

Tapak kubur berbentuk bujur itu antara kajian baharu juga ditemui di sana ketika penggalian bermula pada 2018.

Menurut pengkaji, lubang kubur itu adalah bukti yang menunjukkan ia sengaja digali dan kemudian ditimbus untuk menutup mayat, mengandungi sekurang-kurangnya lima individu.

“Penemuan ini menunjukkan amalan mayat tidak terhad kepada Homo sapiens atau hominin lain dengan saiz otak yang besar,” kata kumpulan penyelidik itu.

Tambahnya, tapak perkuburan itu bukanlah satu-satunya tanda Homo naledi mampu melakukan tingkah laku emosi dan kognitif yang kompleks. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya