Siklon Biparjoy dijangka landa pantai barat India, selatan Pakistan Khamis ini - Utusan Malaysia

Siklon Biparjoy dijangka landa pantai barat India, selatan Pakistan Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Ribut di luar pantai barat India bertambah kuat menjadi siklon yang dikhuatiri melanda barat India, Gujerat dan bahagian selatan Pakistan minggu ini, lapor jabatan kaji cuaca.

Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), siklon yang dinamakan Biparjoy, dijangka mendarat pada petang Khamis ini antara Mandvi di Gujerat dan Karachi di Pakistan dengan kelajuan angin maksimum sehingga 150 kilometer sejam.

Jabatan kaji cuaca menasihatkan komuniti nelayan untuk menghentikan operasi dan mengarahkan pemindahan orang ramai dari kawasan pantai Saurashtra dan wilayah Kutch di Gujarat.

Dua pelabuhan terbesar di India, Mundra dan Kandla yang berada di Teluk Kutch dan kilang penapisan Jamnagar yang merupakan kompleks penapisan minyak terbesar di dunia milik Reliance Industries berpusat di Saurashtra.

Ketua Menteri Gujarat, Bhupendra Patel berkata, tujuh pasukan tindak balas bencana kebangsaan India dan 12 pasukan tindak balas bencana negeri ditempatkan di daerah-daerah yang mungkin terjejas akibat siklon itu.

Lebih 12 daerah di pantai Gujarat dikhuatiri terjejas oleh hujan lebat dan angin kencang, malah ombak besar dilihat mula melanda Marine Drive Mumbai hari ini.

Siklon Biparjoy menangguhkan permulaan monsun tahunan di negeri selatan Kerala, tetapi keadaan menggalakkan untuk kemajuan hujan yang sangat diperlukan di beberapa bahagian di Maharashtra, Karnataka, Andhra Pradesh dan Tamil Nadu.

Pada tahun 1998, siklon kuat mengorbankan lebih 4,000 orang dan menyebabkan kerosakan bernilai ratusan juta dolar di Gujarat.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya