Serangan di sekolah Uganda, angka korban meningkat 41 orang

Serangan di sekolah Uganda, angka korban meningkat 41 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Pihak berkuasa Uganda menemukan sekurang-kurangnya 40 mayat termasuk 38 pelajar susulan serangan kumpulan militan di sebuah sekolah di barat Uganda.

Menurut Datuk Bandar Selevest Mapoze, mangsa itu antara lain terdiri daripada pelajar, seorang pengawal keselamatan, dua penduduk yang terbunuh di luar sekolah Mpondwe-Lhubiriha.

Laporan awal sebelum ini menyatakan sekurang-kurangnya 25 orang termasuk kanak-kanak maut dalam ‘serangan militan’ di sebuah sekolah di barat Uganda.

Dilaporkan, sejumlah individu diculik oleh kumpulan pemberontak yang melarikan diri melintasi sempadan ke Congo selepas diburu pasukan polis dan tentera.

Mapoze mengesahkan beberapa pelajar mengalami luka melecur pada badannya selepas asrama sekolah itu dibakar oleh kumpulan pemberontak.

“Mangsa yang lain pula ditembak atau ditetak dengan parang,” katanya.

Terdahulu, jurucakap polis, Fred Enaga memaklumkan kumpulan Pasukan Bersekutu Demokratik (ADF) yang berpangkalan di timur Republik Demokratik Congo, melakukan serangan di Sekolah Menengah Lhubiriha di bandar sempadan Mpondwe.

Sekolah itu terletak di daerah Kasese, kira-kira dua kilometer (km) dari sempadan Congo.

Menurut Enaga, asrama sekolah itu dibakar dan stor makanan turut dirompak.

“Setakat ini, 25 mayat ditemukan di sekolah berkenaan dan sudah dihantar ke Hospital Bwera,” katanya dengan menambah lapan mangsa kini berada dalam keadaan kritikal. – AP/REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya