Sapu air liur pada sushi, remaja disaman RM2.2j

Sapu air liur pada sushi, remaja disaman RM2.2j

TANGKAP layar video menunjukkan seorang remaja menjilat botol kicap yang diletakkan atas meja bergerak di restoran sushi di Jepun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah restoran menjual sushi menyaman seorang remaja yang didakwa menjilat jarinya dan menyapu air liurnya pada makanan yang dihidangkan.

Satu rakaman video menunjukkan seorang remaja lelaki menjilat botol kicap dan cawan teh yang diletakkan atas meja bergerak untuk digunakan oleh pengunjung lain.

Pemilik restoran tersebut memaklumkan, penularan video tersebut menyebabkan jualannya merosot dan oleh hal yang demikian, pihaknya menyaman remaja tersebut sebanyak 380,000 pound (RM2.2 juta).

Remaja itu dilaporkan berulang kali memohon maaf pada restoran tersebut, namun ditolak kumpulan peguam yang mewakilinya dan menegaskan saman perlu diteruskan.

Peguam restoran itu memaklumkan, video yang menunjukkan perbuatan remaja tersebut menyebabkan sahamnya turun hampir lima peratus.

Tindakan remaja tersebut merupakan satu daripada trend yang menjadi ikutan beli Jepun ketika ini untuk dipamerkan dalam media sosial.

Sebelum ini, tular satu lagi video menunjukkan seorang pelanggan merakam aksinya meletakkan wasabi pada hidangan sushi atas meja bergerak dengan harapan dapat ‘mengenakan’ pelanggan lain.

Selain itu, ada juga remaja sengaja menjilat sudu yang diletakkan dalam bekas serbuk teh hijau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya