Restoran Taiwan tular, saji ramen katak besar tanpa disiang

Restoran Taiwan tular, saji ramen katak besar tanpa disiang

SUP ramen yang menyajikan seekor katak besar dijual di sebuah restoran di bandar Yunlin, Taiwan baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Sebuah restoran ramen di Taiwan tular di media sosial baru-baru ini kerana menyediakan menu eksotik seekor katak besar tidak disiang yang dihidangkan di atas semangkuk mi sup.

Restoran Yuan Ramen yang terletak di Yunlin memuat naik gambar hidangan pelik itu yang mengandungi sup ikan, ramen, taburan bawang dan kerang bersama seekor katak seberat 200 gram.

Kedai tersebut mengumumkan, ramen katak itu hanya tersedia setiap malam Selasa dan Rabu dalam kuantiti yang sangat terhad pada harga 250 dolar Taiwan (RM37.52) setiap mangkuk.

Tetapi jika ada pengunjung yang hanya mahu mengambil gambar ramen katak itu, mereka dibenarkan berbuat demikian dengan bayaran 100 dolar Taiwan (RM15).

Pemilik Yuan Ramen memberitahu Taiwan News, mereka mendapat inspirasi menghasilkan hidangan diberi nama Frog Frog Frog daripada ramen isopod yang tular di media sosial bulan lalu.

Memakan katak adalah perkara biasa di sekitar Yunlin, namun pemilik restoran memutuskan untuk membuat hidangan ramen yang lebih menarik perhatian menggunakan haiwan itu tetapi dengan sentuhan tempatan.

Ramai pelanggan dilaporkan cukup ‘berani’ mencuba ramen katak itu dan benar-benar menyukainya, namun kedai berkenaan masih menunggu lebih banyak maklum balas sebelum membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai menu tetap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya