Rantai leher emas bertatahkan gigi jerung dijumpai

Rantai leher emas bertatahkan gigi jerung dijumpai

TANGKAP layar rakaman menunjukkan penemuan rantai leher emas yang bertatahkan gigi jerung megalodon. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seutas rantai leher emas yang bertatahkan gigi jerung spesies megalodon, ditemukan pada bangkai kapal Titanic.

Lapor Daily Mail, penemuan artifak unik itu dikenal pasti menerusi video yang dirakam semasa misi ekspedisi. 

Video itu dirakam oleh sebuah firma berpangkalan di Guernsey, Magellan Ltd pada musim panas lalu. 

Rakaman tersebut diambil ketika firma itu berusaha merakam imbasan digital pertama bangkai kapal yang karam itu.

Setakat ini, objek lain yang berada sekitar rantai emas itu masih belum dikenal pasti, meskipun ia kelihatan seperti koleksi cincin kecil berbentuk manik.

Bagaimanapun, firma Magellan Ltd. dilarang mengambil kesemua artifak ditemukan itu daripada dasar laut.

Dalam ekspedisi itu, Magellan Ltd menghantar kapal selam untuk meninjau hampir semua bahagian bangkai kapal itu.

Dilaporkan, bangkai kapal itu terletak kira-kira 3,962 meter di bawah permukaan Laut Atlantik Utara, sekitar 6,482 kilometer (km) di luar pantai Newfoundland, Kanada.  

Sementara itu, Pengarah Magellan Ltd, Richard Parkinson menyifatkan penemuan artifak itu sebagai amat menakjubkan dan menggagumkan.

“Pasukan kami menemukan gigi jerung megalodon yang digunakan pada rantai tersebut. Ia sememangnya luar biasa,” katanya kepada ITV News.

Tambah beliau, pihaknya kini merancang untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti pemilik rantai leher itu dan objek lain yang ditemukan di bangkai kapal itu.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya