Rakyat Korea Utara lagi takut mati kebuluran dari Covid-19

Rakyat Korea Utara lagi takut mati kebuluran dari Covid-19

RAKYAT Korea Utara semakin hilang keyakinan terhadap Kim Jong-un berikutan isu kebuluran yang berlaku. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Rakyat Korea Utara dilaporkan semakin hilang keyakinan dengan kepemimpinan Kim Jong Un yang dilihat banyak mengabaikan kebajikan rakyatnya sehingga ramai didakwa mati akibat kebuluran.

Temu bual eksklusif BBC dengan bantuan organisasi Daily NK yang mengendalikan rangkaian sumber di negara paling terpencil di dunia itu menunjukkan keadaan rakyatnya kini bertambah buruk dan antara yang paling teruk berbanding awal 1990-an.

Kerajaan dilaporkan menutup sempadannya pada tahun 2020 dan memotong bekalan penting termasuk mengetatkan lagi kawalan ke atas kehidupan orang ramai.

Pengarah Liberty di Korea Utara (LiNK), Sokeel Park yang menyokong pelarian negara itu turut mendedahkan tragedi dahsyat yang sedang berlaku di Pyongyang

Malah katanya, semakin ramai rakyat Korea Utara memaklumkan, mereka kini takut akan mati kelaparan atau dihukum bunuh kerana melanggar peraturan sejak penutupan sempadan dibuat tiga tahun lalu.

“Seorang wanita yang tinggal di Pyongyang memberitahu kami dia mengenali tiga keluarga yang mati kebuluran di dalam rumah mereka. Wanita berkenaan mengetuk pintu keluarga itu untuk memberi air, tetapi tiada siapa yang menjawab.

“Apabila pihak berkuasa masuk ke dalam, mereka mendapati keluarga itu sudah mati.

“Dia juga sering mendengar tentang orang yang membunuh diri di rumah atau menghilang ke pergunungan untuk mati, kerana tidak lagi dapat mencari nafkah,” katanya.

Seorang pekerja binaan yang tinggal berhampiran sempadan China, Chan Ho memberitahu, bekalan makanan sangat terhad sehingga lima orang di kampungnya sudah mati akibat kebuluran.

“Pada mulanya, saya takut mati akibat Covid-19, tetapi kini saya mula bimbang tentang mati akibat kebuluran,” katanya.

Korea Utara diketahui tidak pernah menghasilkan makanan mencukupi untuk 26 juta penduduknya dan keadaan bertambah buruk selepas pihak berkuasa bertindak menghentikan import bijirin dari China termasuk baja dan jentera yang diperlukan untuk menanam bahan makanan ruji itu.

Jurucakap kedutaan Korea Utara di London bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menegaskan laporan tersebut tidak dibuat berdasarkan fakta sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya