Rakyat Korea Selatan jadi muda satu atau dua tahun

Rakyat Korea Selatan jadi muda satu atau dua tahun

SEORANG penduduk bersama anaknya memegang papan putih yang menunjukkan usia antarabangsa mereka di Yoon Dong-gun di Seoul. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Rakyat Korea Selatan kini menjadi setahun atau dua tahun lebih muda berbanding kiraan umur golongan berkenaan pada ketika ini.

Ia berikutan negara itu sudah memansuhkan kaedah tradisional pengiraan umur rakyat yang diguna pakai selama ini.

Lapor The Guardian, sistem dikenali sebagai Zaman Korea tidak lagi dibenarkan pada dokumen rasmi, sebaliknya ia digantikan dengan kaedah piawaian yang diiktiraf di peringkat global.

Di bawah sistem diguna pakai sebelum ini, warga Korea Selatan disifatkan berusia setahun apabila dilahirkan dan ditambah setahun setiap 1 Januari.

Kaedah tradisional yang luar biasa itu bermakna bayi yang lahir pada malam Tahun Baharu akan berumur dua tahun sebaik sahaja masa mencecah tengah malam.

Memetik laporan Korea Times, dibawah sistem baharu itu, umur rakyat Korea Selatan akan dikira dengan cara sama seperti di seluruh dunia dalam urusan membabitkan hal pentadbiran dan sivil termasuk kontrak dan dokumen rasmi lain.

Parlimen Korea Selatan yang meluluskan pindaan undang-undang itu pada Disember lalu memaklumkan semakan tersebut akan `menyelesaikan  isu kekeliruan sosial yang timbul disebabkan cara pengiraan umur berbeza dan kesan sampingannya.’

Sistem tradisional itu dikritik hebat oleh ahli politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Malah, rata-rata golongan itu berpandangan kaedah lama itu mengakibatkan kekeliruan serta menjadikan Korea Selatan kelihatan tidak sehaluan dengan seluruh dunia. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya