'Pohon Hayat' dipilih logo rasmi Nusantara - Utusan Malaysia

‘Pohon Hayat’ dipilih logo rasmi Nusantara

Logo Pohon Hayat dipilih sebagai logo rasmi ibu negara Nusantara.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan pemilihan logo rasmi ‘Pohon Hayat’ sebagai identiti visual ibu negara baharu di Nusantara.

Lapor CNN Indonesia, Jokowi mengumumkan pemilihan tersebut di Istana Negara yang turut disiarkan secara langsung di akaun Youtube Sekretariat Presiden selepas proses pengundian untuk logo ibu negara Nusantara ditutup 20 Mei lalu.

“Pohon Hayat adalah pohon kehidupan dan kita semua berharap pemilihan logo ini dapat memperkuat ikhtiar serta usaha kita bersama untuk bekerjasama percepatan pembangunan ibu kota Nusantara yang menjadi ibu kota masa depan Indonesia,” kata Jokowi.

Logo berkenaan dihasilkan oleh seorang pereka grafik bermastautin di Bandung, Aulia Akbar yang merupakan lulusan Institut Teknologi Nasional (ITENAS) dan pengasas bersama syarikat POT Branding House.

Logo berkenaan dipilih hasil undian terbanyak daripada lima rekaan finalis yang disenarai pendek dan dimuatnaik di akaun media sosial rasmi ibu negara Nusantara sejak 5 April lalu.

Ketua Penguasa Ibu Kota Negara (IKN), Bambang Susantono berkata, seramai 500 peserta menghantar rekaan mereka dan lebih 500,000 orang menyertai proses pengundian terakhir lima logo yang ditawarkan.

Kerajaan Indonesia di bawah Jokowi menyasarkan ibu negara Indonesia berpindah secara rasmi dari Jakarta di Pulau Jawa ke Nusantara di Pulau Kalimantan pada Ogos tahun depan.

Beliau menyasarkan sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia 2024 dapat diadakan di kawasan yang kini menjadi lokasi pentadbiran wilayah Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya