HARARE: Zimbabwe mengumumkan akan mengadakan pilihan raya umum pada 23 Ogos depan.
Pengumuman itu dibuat menerusi warta kerajaan sekali gus menamatkan spekulasi berbulan-bulan mengenai tarikh pilihan raya tersebut.
Berdasarkan rekod rasmi kerajaan, Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa menetapkan tarikh 23 Ogos sebagai pemilihan bagi jawatan presiden.
Katanya, pilihan raya umum dan tempatan juga akan diadakan pada tarikh yang sama.
Parti ZANU-PF pimpinan Mnangagwa yang memerintah sejak tahun 1980, akan berdepan dengan parti Pakatan Rakyat untuk Perubahan (CCC) pada pilihan raya kali ini.
Parti CCC diketuai Nelson Chamisa, 54, merupakan seorang peguam dan paderi.
Chamisa sekali lagi akan bertanding menentang Mnangagwa pada pilihan raya akan datang.
Berdasarkan bancian terkini, Zimbabwe mempunyai kira-kira 15 juta penduduk. – AFP