Pesalah judi online kena rotan

Pesalah judi online kena rotan

PEGAWAI melaksanakan hukuman rotan terhadap pesalah yan melanggar kanun syariah di dataran Pejabat Pendakwa Raya Aceh Utara kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pejabat Pendakwa Raya Aceh Utara melaksanakan hukuman rotan terhadap enam tertuduh yang melanggar kanun syariah di bandar itu melibatkan kesalahan rogol, zina serta berjudi dalam talian.

Lapor Kompas.com, hukuman itu dilakukan di kawasan dataran pejabat berkenaan dengan pesalah berumur antara 18 tahun hingga 48 tahun. 

Ketua Seksyen Jenayah Am, Fauzi memberitahu pemberita di Lhoksukon di daerah Aceh Utara, tertuduh paling tua berusia 48 tahun didapati bersalah melakukan aktiviti judi dalam talian yang jelas dilarang dalam ekonomi syariah Islam.

“Berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah Lhoksukon, tertuduh dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 30 kali. 

“Namun selepas menjalani tempoh tahanan sementara selama empat bulan, hukuman rotan dikurangkan kepada 26 kali,” katanya.

Sementara itu, jelas Fauzi, banduan termuda berusia 18 disabitkan kesalahan merogol dan mendera kanak-kanak pada 19 November tahun lalu.

“Tertuduh dijatuhi hukuman 100 kali rotan dan 46 bulan penjara selepas terbukti secara sah dan meyakinkan melanggar Pasal 34 Qanun Aceh tentang hukum Jinayat.

“Kami menggesa orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang merugikan diri sendiri dan orang lain dalam konteks menegakkan syariat Islam. Pelaksanaan hukuman rotan ini adalah tanda penguatkuasaan undang-undang di Aceh,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya