Penumpang kapal selam Titan berisiko keracunan karbon dioksida - Utusan Malaysia

Penumpang kapal selam Titan berisiko keracunan karbon dioksida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Lima penumpang kapal selam Titan yang hilang hingga kini tidak hanya berdepan dengan risiko kehabisan bekalan oksigen dan kehilangan fungsi kapal.

Bekalan elektrik yang terputus dalam kapal selam itu akan menyebabkan kawalan gas oksigen dan karbon dioksida tidak dapat berfungsi.

Ketika bekalan oksigen semakin menurun, jumlah karbon dioksida yang dikeluarka oleh kelima-lima penumpang itu semakin meningkat, sekali gus boleh menyebabkan kematian.

“Apabila gas karbon dioksida meningkat, ia akan bertukar menjadi sedatif.

“Gas itu akan menjadi seperti gas anestetik dan kesemua penumpang berkenaan akan tidur.

“Jika terlalu banyak karbon dioksida masuk dalam saluran darah, ia boleh menyebabkan hypercapnia yang boleh membunuh jika tidak dirawat segera,” kata pakar perubatan Dr. Ken Ledez di sebuah hospital di Newfoundland.

Pandangan sama turut dilontarkan oleh bekas kapten kapal selam tentera laut Kanada,Ryan Ramsey yang menyatakan Titan tidak mempunyai sistem membuang karbon dioksida.

“Selain keracunan gas karbon dioksida, mereka juga berdepan ancaman hipotermia apabila badan menjadi terlalu sejuk.

“Masalah itu boleh berlaku sekiranya kapal selam tersebut berada di dasar laut, terutamanya apabila sistem Titan sudah tidak lagi berfungsi.

“Jika semua penumpang sudah tidak sedarkan diri, tiada apa lagi yang boleh dibuat,” ujar Ramsey.

Sejak Ahad lalu, pasukan penyelamat berusaha keras mencari kapal selam dan menyelamatkan lima anak kapal sebelum mereka kehabisan bekalan oksigen.

Kapal selam itu hilang semasa ekspedisi membawa kumpulan pelancong meneroka bangkai Titanic di dasar laut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya