Penerbangan bawa semua jemaah haji wanita tiba di Jeddah

Penerbangan bawa semua jemaah haji wanita tiba di Jeddah

KRU penerbangan Air India Express bergambar kenangan bersama 145 jemaah haji wanita di Kerala. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah penerbangan yang diuruskan semua kru wanita dan hanya membawa jemaah haji wanita mencipta sejarah tersendiri apabila mendarat di Arab Saudi selepas terbang dari negeri Kerala, selatan India.

Penerbangan Air India Express dari Kozhikode tiba di Jeddah pada Khamis lalu dengan membawa seramai 145 jemaah haji wanita.

Pesawat itu dikendalikan oleh Kapten Kanika Mehra, Pegawai Pertama Garima Passi dan empat kru kabin wanita.

Sebelum penerbangan, kesemua jemaah haji dan kru wanita terbabit diiringi Menteri Hal Ehwal Minoriti India, John Barla.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian ini,” kata C. Mohammed Faizi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Haji Kerala kepada Arab News.

Kesemua penumpang penerbangan istimewa itu merupakan sebahagian daripada 4,000 jemaah haji wanita India yang akan menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Kebanyakan jemaah haji yang memohon kebenaran haji tanpa mahram datang dari Kerala.

“Terdapat kira-kira 2,000 jemaah haji tanpa mahram dan kesemuanya dari Kerala,” ujar Faizi.

Selain itu, Kerala juga menjadi negeri paling banyak jemaah haji wanita yang menunaikan ibadah haji tahun ini berbanding negeri lain, iaitu kira-kira 60 peratus.

Penduduk beragama Islam membentuk satu per empat daripada 35 juta populasi di Kerala.

Sebanyak 11,000 daripadanya akan menunaikan haji tahun ini di bawah kuota seramai 175,000 jemaah dari India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya