Penduduk Brunei, Indonesia antara terpendek di dunia

Penduduk Brunei, Indonesia antara terpendek di dunia

PENDUDUK Timor Leste duduk di belakang sebuah lori sambil mengisi minyak di stesen minyak swasta di Dili.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebanyak 14 negara Asia tersenarai dalam data perangkaan terbaharu 25 negara dengan penduduk paling pendek di dunia.

Dalam satu kajian terkini, saintis mendapati terdapat perbezaan sekitar 20 sentimeter (sm) antara purata ketinggian kanak-kanak di negara tertinggi dan terpendek.

Lapor BBC, kajian bagi golongan dewasa menunjukkan Belanda disenaraikan sebagai negara dengan penduduk paling tinggi di dunia apabila purata ketinggian mencecah 175.62 sm, sementara pada hujung skala yang lain, ketinggian purata jauh lebih rendah.

Kedudukan purata data ketinggian yang disusun menggunakan pangkalan data perubatan Kolaborasi Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), sebuah projek yang dikaitkan dengan Imperial College London menyenaraikan angka berasingan untuk ketinggian lelaki dan perempuan bagi setiap negara.

Purata dua angka tersebut diambil untuk mendapatkan gambaran kasar tentang purata ketinggian seseorang di setiap negara.

Daripada 25 negara yang tersenarai, Sr Lanka berada di tempat terakhir dengan purata ketinggian rakyatnya sekitar 160.12sm. 

Brunei pula berada di tangga ke-21 dengan purata ketinggian sekitar 159.49sm tetapi kaum lelakinya mencatat nilai purata jauh lebih tinggi sekitar 165sm sementara golongan wanita negara itu pula mempunyai ketinggian purata 153.98sm.

Antara negara Asia lain yang tersenarai sebagai warga dunia terpendek adalah Myanmar di tangga ke-22, Vietnam di tangga ke-15, India di tempat ke-14 serta Indonesia yang berada di tempat ke-11.

Berikut disenaraikan 10 negara teratas dengan purata populasi terpendek di dunia:

10. Kemboja

Di Kemboja, orang ramai secara purata mempunyai ketinggian sekitar  158.11sm.

Purata ketinggian bagi golongan lelaki ialah 163.32sm. Wanitanya pula mempunyai purata ketinggian 152.9sm.

9. Bangladesh

Purata ketinggian warga Bangladesh ialah 157.29sm. Purata ketinggian lelaki Bangladesh ialah 163.8sm manakala purata ketinggian wanita Bangladesh pula adalah 150.78sm.

8. Kepulauan Marshall

Rata-rata penduduk di negara kecil Micronesia di Kepulauan Marshall ini mempunyai ketinggian sekitar 157.05sm. Golongan lelakinya mempunyai ketinggian purata 162.8sm. Golongan wanita dari kepulauan ini pula mempunyai ketinggian purata 151.3sm.

7. Yaman

Purata ketinggian orang Yaman ialah 156.92sm. Purata lelaki di Yaman adalah berketinggian 159.88sm sementara golongan wanitanya mampu berdiri setara dengan purata ketinggian sekitar 153.97sm. 

6. Nepal

Komuniti di Nepal pula mempunyai purata ketinggian 156.58sm.

Purata ketinggian lelaki Nepal adalah 162.31sm. Wanita Nepal pula hanya merekodkan purata 150.86sm.

5. Filipina

Purata ketinggian orang di Filipina ialah 156.41sm. Purata ketinggian lelaki Filipina mencecah 163.22sm. Namun jelas mereka tidak boleh memandang ‘rendah’ golongan wanita di negara itu yang hanya merekodkan purata ketinggian 149.6sm.

4. Guatemala

Purata rakyat Guatemala mempunyai ketinggian sekitar 156.39sm. Tetapi purata ketinggian lelaki Guatemala mencecah 163.4sm, berbeza bagi golongan wanitanya yang merekodkan purata ketinggian paling rendah di dunia sekitar 149.38sm.

3. Madagascar

Purata rakyat di Madagascar ialah 156.36sm. Purata ketinggian bagi kaum lelaki adalah 161.54sm, hampir setara dengan golongan wanitanya yang mencatat nilai purata 151.18sm.

2. Laos

Rata-rata orang dari Laos mempunyai ketinggian 155.89sm. Lelaki di negara itu mempunyai ketinggian purata sekitar 160.51sm dan mampu berdiri sama tinggi dengan kaum wanitanya yang merekodkan nilai purata sekitar 151.26sm.

1. Timor Leste

Penduduk di Timor Timur mempunyai ketinggian purata hanya sekitar 155.47sm. Purata ketinggian lelakinya adalah 159.79sm, tidak jauh berbeza dengan golongan wanita yang mencatat jumlah purata ketinggian 151.15sm.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya