Penduduk berang kontraktor turap jalan palsu guna kanvas - Utusan Malaysia

Penduduk berang kontraktor turap jalan palsu guna kanvas

PENDUDUK kampung Karjat-Hast Pokhari di wilayah Jalna memegang jalan palsu yang diturap menggunakan hamparan kanvas dan bancuhan nipis simen asfalt.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Penduduk tempatan di Maharashtra di barat India terkejut apabila mendapati kawasan jalan yang baharu diturap di kampung mereka tidak menggunakan bancuhan tar sebaliknya hanyalah hamparan permaidani di atas tanah dengan lapisan asfalt nipis yang dicurahkan di atasnya.

Menurut Lokmat Times, penduduk Karjat-Hast Pokhari, sebuah kampung di daerah Jalna sudah lama merayu kepada wakil rakyat untuk membina semula jalan mereka yang daif.

Bulan lalu permintaan mereka akhirnya ditunaikan namun kegembiraan penduduk tidak bertahan lama.

Mereka mendapati syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek itu melakukan penipuan apabila hanya meletakkan lapisan asfalt yang sangat nipis di atas hamparan kanvas seperti permaidani yang boleh diangkat dan dilipat dengan mudah dari bahagian asal tanah merah di laluan itu.

Video menunjukkan penduduk tempatan mengangkat permaidani asfalt untuk menunjukkan ‘jalan raya palsu’ itu tular di media sosial sejak minggu lalu. 

Usaha menaik taraf jalan tersebut merupakan sebahagian daripada skim jalan luar bandar Perdana Menteri dan syarikat yang mengusahakan projek khusus itu mendakwa menggunakan teknologi Jerman terkini untuk membaiki laluan tersebut.

Penduduk kampung dilaporkan menuntut tindakan terhadap kontraktor, jurutera jalan raya dan jabatan berkenaan kerana cuba memperdayakan mereka dengan kerja mudah itu yang dibimbangi tidak akan bertahan lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya