Pencipta kandungan, peniaga Asia Tenggara 'buat duit' guna TikTok

Pencipta kandungan, peniaga Asia Tenggara ‘buat duit’ guna TikTok

CEO TikTok, Shou Zi Chew berucap semasa merasmikan Forum Impak TikTok di Asia Tenggara di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Rangkaian media sosial paling pesat berkembang, TikTok mendedahkan lebih 80 peratus pengguna dan pencipta kandungan di rantau Asia Tenggara berupaya meningkatkan pendapatan mereka melalui platform tersebut menerusi pelbagai video pendek sepanjang tahun lalu.

Laporan berjudul ‘Mempercepatkan Perniagaan, Pendidikan, dan Komuniti Asi Tenggara’ mendedahkan, pengguna rangkaian itu menambah pendapatan masing-masing menerusi pelbagai kaedah seperti TikTok Live atau bekerjasama dengan banyak jenama serta perkongsian.

“Sektor perniagaan kecil dan sederhana berjaya meningkatkan pendapatan jualan produk hampir 50 peratus selepas menggunakan TikTok melalui promosi dan tawaran perkhidmatan masing-masing.

Pada masa sama, empat daripada lima perniagaan dengan hampir 80 peratus daripadanya pengguna dari Asia Tenggara beralih daripada pemasaran luar talian kepada dalam talian dengan menggunakan Tiktok, menurut laporan tersebut yang dilancarkan semasa Forum Impak TikTok di Asia Tenggara, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew menerusi ucapan perasmian forum itu memaklumkan, platform berkenaan diguna pakai oleh lebih 325 juta pengguna dari Asia Tenggara setiap bulan dan 15 juta perniagaan menggunakan platform tersebut.

Katanya, menerusi impak yang positif, pemilik TikTok, ByteDance akan melabur hampir AS$12.2 juta (RM56.3 juta) untuk menyokong dan membantu usahawan TikTok serta menubuhkan komuniti.

“Pelaburan itu akan menyokong lebih 120,000 unit perniagaan kecil dan sederhana dan usahawan untuk tiga tahun akan datang dalam mengalihkan perniagaan mereka dalam talian dan mengambil bahagian dalam ekonomi digital,” katanya.

TikTok yang dilancarkan pada September 2016,menjadi nama popular semasa pandemik Covid-19 dan mula memasuki Asia Tenggara pada tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya