Pelajar China kecewa ijazah ‘tak laku’, sukar dapat kerja

Pelajar China kecewa ijazah ‘tak laku’, sukar dapat kerja

ANTARA gambar graduasi pelajar universiti di China yang tular baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Baru-baru ini tular gambar majlis graduasi di China yang mengekspresikan kekecewaan golongan muda terhadap sijil pendidikan tinggi negara itu yang seakan tidak laku dan gagal membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Lapor The Guardian, gambar-gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan pelajar baring di atas bangku taman atau tangga dengan wajah sedih dan murung.

Ada juga yang mengambil gambar memakai baju graduasi sambil berbaring di atas tanah atau berdiri memegang sijil ijazah mereka di sebelah tong sampah.

Ramai yang memilih untuk tidak meraikan kejayaan memiliki ijazah sebaliknya bergurau secara sinis seakan menunjukkan pengajian mereka hanya membuang masa.

“Saya suka gaya foto tamat pengajian ini, ia sangat mirip dengan keadaan hidup saya yang sudah separuh mati.

“Langkah seterusnya yang ditunggu-tunggu ialah persaraan,” kata seorang pelajar di laman sosial Douyin.

Trend baharu itu merujuk kepada fakta bahawa 11.6 juta pelajar terpaksa bersaing memasuki pasaran pekerjaan yang semakin sukar terutama untuk golongan muda.

Khamis lalu, pengangguran belia mencecah rekod tertinggi untuk bulan kedua berturut-turut apabila lonjakan pertumbuhan ekonomi selepas Covid-19 semakin pudar.

Menurut Biro Perangkaan Negara, kadar pengangguran bagi rakyat China berumur antara 16 dan 24 tahun juga terus meningkat kepada 20.8 peratus berbanding 20.4 peratus pada April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya