Pekerja kilang minta Messi bincang tunggakan gaji

Pekerja kilang minta Messi bincang tunggakan gaji

PEKERJA mengadakan protes menuntut bayaran gaji sebelum perlawanan persahabatan antara Indonesia dan Argentina di stadium di Senayan, Jakarta Tengah. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekumpulan pekerja dari kilang pembekal produk sukan ternama di Tangerang mengadakan demonstrasi bagi menuntut bayaran gaji yang didakwa masih belum dibayar.  

Demonstrasi itu diadakan di luar perkarangan Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Tengah sebelum perlawanan persahabatan antara Indonesia dan pemenang Piala Dunia, Argentina.  

Lebih menarik, kumpulan pekerja itu meminta bantuan bintang bola sepak, Lionel Messi untuk berbincang dengan kilang jenama itu mengenai bayaran gaji tertunggak mereka. 

Dilaporkan, Messi meraih pendapatan lumayan menerusi hasil kontrak menjadi duta beberapa jenama terkemuka antarabangsa..

“Kami memohon Messi yang merupakan idola kumpulan pekerja ini meminta suara kami didengari oleh kilang jenama itu di Indonesia,” kata seorang pekerja ketika demonstrasi itu.

Individu itu turut mendakwa kasut dan jersi dipakai oleh pasukan kebangsaan Argentina termasuk Messi dihasilkan oleh pekerja wanita.

Namun, dakwanya, gaji pekerja berkenaan masih tidak dibayar oleh kilang yang membekalkan produk kepada jenama tersebut.

“Kasut dan jersi yang dipakai oleh pasukan bola sepak itu dihasilkan oleh golongan pekerja ini namun mereka tidak dibayar gaji,” katanya.   

Dilaporkan, kira-kira 60 peratus kasut bola sepak yang digunakan ketika perlawanan Piala Dunia 2022 dihasilkan dari kilang pembekal di Tangerang. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya