PBB kecam Russia halang bantuan kemanusiaan ke timur Ukraine - Utusan Malaysia

PBB kecam Russia halang bantuan kemanusiaan ke timur Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Russia yang enggan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah timur Ukraine yang dikuasai tenteranya.

Penyelaras Bantuan Kemanusiaan PBB ke Ukraine, Denise Brown dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini permohonan memasuki kawasan yang terjejas susulan kerosakan Empangan Kakhovka masih tidak diluluskan.

“Kerajaan Persekutuan Russia setakat ini menolak permintaan kami untuk mengakses kawasan di bawah kawalan tentera sementaranya,” katanya.

Menurut Brown, PBB tetap berusaha untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk terlibat dan menggesa Moscow supaya bertindak mengikut lunas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Sabtu lalu, pegawai di kawasan yang dikuasai Russia mengumumkan, jumlah kematian akibat kemusnahan empangan tersebut meningkat kepada 29 orang, manakala pihak berkuasan Ukraine memberitahu jumlah yang terbunuh di wilayahnya meningkat kepada 16 orang dengan 31 orang masih hilang.

Ukraine dan Russia saling menuding jari menyalahkan satu sama lain sebagai dalang yang bertanggungjawab meletupkan empangan di Sungai Dnipro.

Kemusnahan Empangan Kakhovka pada 6 Jun lalu menenggelamkan kawasan di wilayah Kherson di bawah kawalan Russia dan Ukraine, memaksa ribuan penduduk melarikan diri sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana alam sekitar.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya