Nahas kereta api India: Perkhidmatan tren beroperasi semula

Nahas kereta api India: Perkhidmatan tren beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLKATA: Perkhidmatan kereta api yang terlibat dalam nahas ngeri membabitkan pelanggaran antara tiga tren di Odisha, kini beroperasi semula.

Sekurang-kurangnya 288 orang terbunuh dalam nahas kereta api paling buruk dalam tempoh lebih sedekad di India.

Jurucakap kereta api, Aditya Kumar Chaudhary berkata, Coromandal Express kini beroperasi semula.

Katanya, kereta api itu akan berlepas dari stesen Shalimar berhampiran Kolkata pada petang ini dalam perjalanan menuju ke Chennai, selatan India.

Perkhidmatan tren itu merupakan antara tiga kereta api yang terlibat dalam nahas berhampiran Balasore di Odisha, timur India.

Semalam, Ketua Setiausaha Odisha, Pradeep Jena mengesahkan angka korban mangsa meningkat kepada 288 orang berbanding 275 kes kematian sebelum ini.

Sekurang-kurangnya 1,175 orang mengalami kecederaan dengan kebanyakannya berada dalam keadaan kritikal dan masih menerima rawatan di hospital.

Pradeep turut mengesahkan 83 mayat mangsa masih tidak dapat dikenal pasti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya