Nahas kereta api India: 100 mayat mangsa belum dituntut

Nahas kereta api India: 100 mayat mangsa belum dituntut

POLIS membantu ahli keluarga mengenal pasti mayat mangsa nahas kereta api yang ditempatkan buat sementara waktu dalam sebuah dewan di Odisha, timur India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESHWAR: Hampir 100 mayat mangsa nahas kereta api di Odisha, timur India masih belum dituntut meskipun sudah lima hari selepas tragedi mengorbankan seramai 288 orang.

Lapor BBC, nahas yang berlaku pada Jumaat lalu membabitkan pelanggaran dua kereta api penumpang dan sebuah tren membawa muatan barang.  

Lebih 1,000 mangsa cedera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun ramai keluarga masih mencari insan tersayang yang hilang.

Ketua Setiausaha Odisha, Pradeep Jena mengesahkan 83 mayat masih gagal dikenal pasti.

Ahli keluarga penumpang dari Odisha dan negeri-negeri lain membanjiri hospital untuk mencari maklumat mengenai ahli keluarga masing-masing.

Namun, dalam beberapa kes, usaha mengenal pasti identiti mayat masih menjadi cabaran besar.

Seorang ahli keluarga bernama Muhammad Nizamuddin mendakwa masih tidak dapat menuntut mayat dua cucunya di Hospital Daerah Balasore.

Ketika kejadian, Tafsir Ansari, 16 dan adiknya, Tausif, 13, menaiki kereta api Coramandel Express bersama bapa mereka.

“Bapanya masih hilang, gambar kedua remaja itu bersama beberapa mangsa lain dilekatkan pada papan notis hospital bagi membolehkan ahli keluarga mengenal pasti mereka.

“Meskipun wajah lelaki itu tidak dapat dikesan akibat kecederaan dialami namun datuknya masih mengenali mereka,” jelas laporan.

Bagaimanapun, pegawai di hospital memaklumkan mayat Tafsir dituntut oleh keluarga lain namun masih belum diserahkan lagi.

Muhammad Nizamuddin kini berhubung dengan pegawai sivik di Bhubaneshwar yang ditugaskan untuk menyemak tuntutan, dokumen pengenalan dan memastikan mayat mangsa dihantar kepada keluarga yang betul. 

Dilaporkan, hampir 100 mayat mangsa yang belum dituntut keluarga, disimpan di empat hospital di Bhubaneshwar.   

Sementara itu, Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Bhubaneshwar, Vijay Amrita Kulange mengakui kebanyakan mayat mangsa tidak dapat dikenali disebabkan kecederaan dialami.      

“Ramai keluarga menuntut mayat yang sama, jadi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan untuk mengenal pasti mangsa.

“Mayat yang gagal dikenal pasti akan disimpan dalam bilik mayat hospital selama 10 hari lagi. Kerajaan tidak akan tergesa-gesa membakar atau mengebumikan mereka,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya