Lelaki disyaki pengedar dadah mati ditembak di dalam kereta di Sydney - Utusan Malaysia

Lelaki disyaki pengedar dadah mati ditembak di dalam kereta di Sydney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang lelaki terbunuh selepas ditembak di tempat duduk hadapan keretanya, disyaki perbuatan kumpulan samseng di Persimpangan Bondi di kawasan pinggir timur bandaraya ini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai ditembak di tempat letak kereta bawah tanah sebuah bangunan pangsapuri bersebelahan Hotel Holiday Inn di persimpangan Bondi, Jalan Spring.

Susulan itu, polis menemui sebuah kereta terbakar di kawasan pinggir bandar berhampiran di James St Zetland, namun masih menyiasat sama ia berkaitan dengan kes jenayah terbabit.

Sumber polis memaklumkan, mangsa yang duduk di pangsapuri mewah itu dipercayai adalah pengedar dadah jenis kokain.

Pegawai forensik juga dilihat memeriksa sebuah kereta jenama mewah di James St iaitu kira-kira satu kilometer (km) dari tempat tembakan dilepaskan.

Berdasarkan laporan, polis New South Wales (NSW), operasi sedang dijalankan susulan laporan tembakan itu dan memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelak dari berada di kawasan terbabit.

Malah laluan di kawasan di Jalan Spring dan Jalan Denison di persimpangan Bondi turut ditutup.

Kawasan persimpangan Bondi ini ditutup kepada semua lalu lintas, pejalan kaki dan penunggang basikal untuk suatu tempoh tertentu.

Selain itu, penduduk tempatan juga dinasihatkan untuk tidak berada di kawasan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya