SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan memaksa seorang lelaki Britain berhenti selepas melakukan separuh pendakian Menara Dunia Lotte setinggi 123 tingkat tanpa menggunakan tali, hari ini.
Lelaki berusia 24 tahun itu dilaporkan hanya memakai seluar pendek sambil mendaki bangunan kelima tertinggi dunia itu selama lebih sejam ketika anggota polis dan bomba berkumpul di bawah.
Setibanya di tingkat 73, pihak berkuasa memaksanya masuk ke dalam jentera penyelenggaraan dan memasuki bangunan itu, kemudian ditahan oleh polis untuk disoal siasat.
Bagaimanapun polis enggan memberikan sebarang kenyataan.
Akhbar Chosun Ilbo mengenal pasti lelaki itu sebagai George King-Thompson.
Media British melaporkan dia pernah dipenjarakan kerana memanjat bangunan Shard di London pada 2019.
Pada 2018, polis menahan “French Spiderman” Alain Robert selepas melakukan aksi yang sama di Menara Dunia Lotte. – REUTERS