Lebih 40 tahanan maut dalam rusuhan penjara di Honduras

Lebih 40 tahanan maut dalam rusuhan penjara di Honduras

TAHANAN wantita terbunuh dalam pergaduhan antara kumpulan di sebuah penjara di Tamara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEGUCIGALPA: Rusuhan teruk yang berlaku di sebuah penjara di Honduras, Amerika Tengah mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 tahanan wanita terbunuh.

Kesemua banduan terbunuh dengan kebanyakannya maut terbakar disebabkan pergaduhan antara kumpulan tercetus di sebuah pusat tahanan wanita di Tamara, kira-kira 50 kilometer (km), barat laut Tegucigalpa.

Menurut jurucakap agensi penyiasatan polis Honduras, Yuri Mora, laporan turut menunjukkan banduan ditembak atau ditikam di penjara berkenaan.

“Pasukan forensik mengesahkan penemuan 41 mayat banduan wanita,” katanya.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya tujuh tahanan wanita menerima rawatan di Hospital Tegucigalpa susulan terkena tembakan.

Seorang tahanan yang cedera dan berdiri di luar hospital mendakwa banduan Kumpulan Barrio 18 memecah masuk blok sel lalu melepaskan tembakan serta membakar banduan lain.

Puluhan ahli keluarga banduan yang terbunuh dalam pergaduhan itu, berkumpul di luar penjara berkenaan.

Seorang wakil keluarga banduan, Delma Ordonez mendakwa ahli kumpulan samseng menceroboh sel kumpulan yang bergaduh itu sebelum membakarnya.

“Penjara itu dikatakan mempunyai kira-kira 900 banduan dan ia musnah sepenuhnya,” katanya.

Ketua sistem penjara negara, Julissa Villanueva pula percaya rusuhan itu tercetus selepas pihaknya mula mengambil tindakan untuk membanteras aktiviti haram di dalam penjara.

Beliau turut menyifatkan rusuhan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan diambil untuk memerangi jenayah terancang.

Sementara itu, Presiden Xiomara Castro melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu dan menzahirkan ucapan takziah kepada  keluarga mangsa.

Katanya, rusuhan berkenaan telah dirancang oleh kumpulan Maras yang sering mencetuskan huru-hara ketika berada dalam tahanan.

“Kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya menerusi catatan di laman sosial medianya. 

Difahamkan, rusuhan itu merupakan tragedi terburuk pernah berlaku di pusat tahanan wanita di Amerika Tengah sejak tahun 2017. –  AP/AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya