SEOUL: Korea Selatan dijangka menjadi antara negara tertua di dunia pada 2070 berdasarkan kepantasan kadar penuaan penduduknya.
Kadar rakyat Korea Selatan berumur 75 tahun ke atas dengan jumlah penduduk negara itu adalah sebanyak 7.7 peratus pada 2023, menurut Statistik Korea pada Jumaat.
Angka ini dijangkakan meningkat kepada 16 peratus pada 2037 dan 30.7 peratus pada 2070, lapor Xinhua.
Angka untuk Korea Selatan pada 2070 dianggarkan antara yang tertinggi dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), menurut agensi statistik itu, memetik Prospek Penduduk Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022.
Anggaran untuk tahun 2070 bagi Jepun, Sepanyol, Itali, Poland dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing sebanyak 25.6 peratus, 24.8 peratus, 24.1 peratus, 22.6 peratus dan 16 peratus.
Kadar penduduk Korea Selatan berumur 65 tahun ke atas diunjurkan meningkat daripada 18.4 peratus pada 2023 kepada 31.9 peratus pada 2037 dan 46.4 peratus pada 2070.
Dalam kalangan mereka yang berumur 65-74 tahun, 59.6 peratus menyatakan harapan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan. Ia meningkat 11.9 mata peratusan daripada 10 tahun sebelumnya.
Bacaan dalam kalangan penduduk berumur 75-79 tahun meningkat 11.8 mata peratusan kepada 39.4 peratus dalam tempoh itu.
Pada 2021, 59.3 peratus daripada mereka yang berumur 65-74 tahun berkata pendapatan mereka tidak mencukupi berbanding purata kos sara hidup.
Angka bagi mereka yang berumur 75 tahun ke atas adalah pada 63.8 peratus pada 2021.