Koloni semut punca talian internet terputus

Koloni semut punca talian internet terputus

PEKAN Waldenburg di barat Jerman. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Populasi semut yang banyak sehingga membentuk sarang mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk selepas ia mengakibatkan gangguan talian internet sehingga terputus di sebuah kampung di Jerman.  

Lapor Daily Mail, serangga itu didapati membiak di dalam sebuah kotak pengedaran penyedia telekomunikasi di kampung berhampiran pekan Waldenburg di barat Jerman.

Malah, semut itu bersarang dalam kotak tersebut dengan meninggalkan rembesan asid formik yang menjejaskan kabel dan papan litar.

Kehadiran semut itu mengakibatkan talian internet terputus selama seminggu sehingga menyusahkan para penduduk.

Seorang penduduk bernama Manfred Wörl, 66, menyifatkan insiden itu sebagai musibah yang menimpa kampung itu.

“Hampir keseluruhan kawasan itu terjejas pada satu masa,” katanya.

Sementara itu, pakar serangga, Matthias Nuss berkata, secara lazimnya, tempoh pembiakan semut adalah pada musim bunga.

Katanya, selepas tempoh itu, serangga tersebut akan mencari lokasi lain untuk menjadikannya sebagai tempat pembiakan baharu.

“Semut itu membentuk sarangnya dalam kotak pengedaran kerana ia mungkin menyangka ruang itu sebagai gua.

“Ketika semut itu berada di sekeliling kotak itu, serangga itu meninggalkan rembesan yang mengandungi kira-kira dua miligram asid formik yang menghakis logam,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya