Kereta api bertembung: Punca, individu bertanggungjawab sudah dikenal pasti - Utusan Malaysia

Kereta api bertembung: Punca, individu bertanggungjawab sudah dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Menteri Kereta Api India memaklumkan punca serta individu bertanggungjawab dalam kemalangan kereta api terburuk di negara itu dalam beberapa dekad sudah dikenal pasti.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.

“Kami telah mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab atasnya,” katanya kepada agensi berita ANI, namun memaklumkan “tidak wajar” untuk memberikan butiran sebelum laporan penyiasatan akhir.

Angka kematian akibat nahas pada Jumaat berhampiran Balasore, di negeri timur Odisha, dijangka meningkat melebihi 288 orang.

Ashwini berkata, kemalangan disebabkan perubahan yang berlaku semasa ‘interlock’ elektronik, istilah teknikal merujuk kepada sistem isyarat kompleks yang direka untuk menghentikan kereta api berlanggar dengan mengatur pergerakan mereka di landasan.

“Sesiapa yang melakukannya dan bagaimana ia berlaku, akan diketahui selepas siasatan selesai,” tambahnya.

Terdapat kekeliruan mengenai urutan kejadian yang tepat, namun laporan memetik pegawai kereta api sebagai berkata bahawa ralat isyarat telah menyebabkan Coromandal Express berjalan ke selatan dari Kolkata ke Chennai ke landasan sebelah.

Pihak berkuasa turut memaklumkan, kebanyakan mayat yang dijumpai sukar untuk dikenal pasti dengan situasi itu menyebabkan ramai ahli keluarga yang kecewa kerana hanya dapat mengesan mereka melalui serpihan barang kemas.

Terdapat mayat yang hanya tinggal tubuh, muka terbakar sepenuhnya, tinggal tengkorak dan tiada lagi identiti yang boleh dikesan.

Dalam keadaan cuaca yang panas terik, banyak mayat dipindahkan ke pusat yang lebih besar dan pegawai mencadangkan beberapa mayat dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Usaha menyelamat diumumkan berakhir petang semalam selepas kakitangan kecemasan mengeluarkan mangsa terselamat dan meletakkan mayat di atas kain putih di sebelah trek.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, Sudhanshu Sarangi, berkata jumlah kematian ketika ini adalah 288 orang, namun ia dijangka terus meningkat dan berpotensi untuk mencapai 380 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya