Kemusnahan hutan hujan primer meningkat, COP26 gagal berfungsi - Utusan Malaysia

Kemusnahan hutan hujan primer meningkat, COP26 gagal berfungsi

PEMANDANGAN udara kebakaran hutan hujan Amazon, berhampiran Rizab Ekstraktif Lago do Cunia di utara Brazil.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kajian terbaharu menunjukkan kawasan hutan hujan primer seluas negara Switzerland dimusnahkan sepanjang tahun lalu sekaligus menunjukkan komitmen pemimpin dunia untuk menghentikan penebangannya menjelang 2030 gagal dilaksanakan.

Kawasan hutan hujan yang hampir setara dengan 11 padang bola sepak dimusnahkan setiap minit tahun lepas untuk penternakan lembu, pertanian dan perlombongan dengan komuniti hutan Orang Asli dilaporkan terpaksa meninggalkan tanah mereka oleh industri ekstraktif di beberapa negara.

Berdasarkan laporan yang disusun oleh Institut Sumber Dunia (WRI) dan Universiti Maryland, kawasan tropika kehilangan 4.1 juta hektar hutan hujan primer pada 2022, meningkat sekitar 10 peratus berbanding tahun 2021.

Menurut The Guardian, laporan itu memberi amaran bahawa kegiatan manusia memusnahkan salah satu sumber paling berkesan untuk mengurangkan pemanasan global dan menghentikan kehilangan biodiversiti.

Pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), (COP26) 2021, lebih 100 pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping bersepakat untuk menghentikan dan memulihkan masalah tersebut dalam komitmen yang meliputi lebih daripada 90 peratus hutan dunia. 

Namun data baharu itu menunjukkan  janji berkenaan gagal dilaksanakan apabila Brazil, Republik Demokratik Congo (DRC) dan Bolivia mengetuai jadual kehilangan hutan primer tropika pada tahun 2022. 

Ghana yang merupakan pengeluar utama koko untuk menghasilkan coklat dilaporkan mengalami peningkatan relatif terbesar dalam kemusnahan hutan. 

Indonesia dan Malaysia bagaimanapun berjaya mengekalkan kadar kerugian menghampiri paras terendah selepas tindakan korporat serta kerajaan yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya