Demi lindungi 3 adik, remaja bina khemah guna getah rambut di Amazon

Demi lindungi 3 adik, remaja bina khemah guna getah rambut di Amazon

SEORANG daripada empat kanak-kanak Orang Asli Colombia menerima rawatan di hospital selepas hilang lebih sebulan di hutan Amazon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Keberanian seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mendapat pujian selepas berjaya menyelamatkan tiga adik kecilnya dengan membina khemah hanya menggunakan getah rambut semasa mereka hilang di hutan Amazon lebih enam minggu lalu.

Lesly bersama tiga adiknya, Soleiny,9; Tien Noriel, 4, dan bayi berusia 12 bulan, Cristin menaiki pesawat ringan bersama ibu mereka, Magdalena Mucutui Valencia pada 1 Mei lalu.

Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas, mengorbankan semua penumpang lain termasuk Valencia, juruterbang dan seorang ketua orang asli.

Pasukan penyelamat melibatkan pelbagai unit tentera Amerika Selatan mengumumkan berita gembira penemuan empat beradik itu Jumaat lalu selepas lebih 40 hari usaha mencari yang amat mencabar di hutan hujan berkenaan.

Ibu saudara mereka, Damarys Mucutuy berkata, Lesley yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu sudah biasa menjaga tiga adiknya ketika ibu mereka bekerja.

Malah katanya, Lesley dan Soleiny juga menggemari permainan cara-cara bertahan hidup di kawasan bahaya yang mungkin banyak membantu mereka berdepan dugaan itu.

“Lesly sangat berani dan bijak. Dia tahu buah apa yang tidak boleh dimakan kerana terdapat banyak buah-buahan beracun di dalam hutan. Malah dia juga tahu cara menjaga adik kecilnya yang masih bayi,” katanya.

Dalam gambar yang dikeluarkan oleh tentera, getah rambut boleh dilihat diikat di antara beberapa dahan pokok yang dijadikan kem perlindungan oleh Lesly di dalam kawasan hutan berkenaan.

Presiden Colombia, Gustavo Petro turut meraikan berita penemuan empat beradik itu sebaik pulang dari Cuba dan menggelar mereka sebagai contoh kelangsungan hidup yang istimewa selain turut meramalkan kisah berkenaan akan kekal dalam lipatan sejarah negara.

Kesemua kanak-kanak itu menerima rawatan di sebuah hospital tentera di Bogota selepas mengalami luka-luka ringan serta kekurangan nutrisi dan kini dilaporkan stabil.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya