Jumlah korban bas terbalik di Australia mungkin meningkat

Jumlah korban bas terbalik di Australia mungkin meningkat

KEADAAN bas yang terbalik selepas terbabas hingga mengorbankan 10 penumpang di Australia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 25 cedera apabila sebuah bas yang membawa rombongan perkahwinan terbabas dan terbalik di daerah Hunter, utara Sydney semalam.

Susulan kemalangan itu, pemandu bas tersebut yang berusia 58 tahun sudah ditahan polis.

Siaran televisyen menunjukkan bas itu dalam keadaan terbalik dengan puluhan anggota kecemasan berada di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan jumlah korban mungkin meningkat ekoran ada mangsa yang mengalami kecederaan parah.

Selain itu, keadaan bas yang terbalik mungkin menyebabkan ada penumpang yang terperangkap di bawahnya.

Setakat ini, polis memaklumkan tiada mangsa kanak-kanak terlibat dalam nahas tersebut.

Dalam pada itu, pemandu bas tersebut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Hari perkahwinan sepatutnya diraikan dengan penuh gembira bersama keluarga tersayang.

“Namun, ia amat menyedihkan apabila berakhir dengan kematian yang tragis,” katanya.

Ketua Menteri New South Wales, Chris Minns turut menyampaikan ucapan takziah berhubung insiden yang berlaku.

Ketika ini, lokasi kejadian ditutup bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan menyeluruh.

Hunter terkenal dengan kangaru dan kecantikan alam semula jadinya, menjadikan daerah itu sering dikunjungi pelancong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya