Iran laksana 173 hukuman mati terhadap pesalah dadah - Utusan Malaysia

Iran laksana 173 hukuman mati terhadap pesalah dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pihak berkuasa Iran melaksanakan hukuman mati terhadap sekurang-kurangnya 173 pesalah yang disabitkan dengan dadah tahun ini, hampir tiga kali ganda berbanding tahun lalu, menurut Amnesty International pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah merangkumi dua pertiga daripada jumlah hukuman mati yang dilaksanakan di Iran dalam tempoh lima bulan pertama 2023, menurut laporan terbaharu Amnesty.

Laporan itu mendapati jumlah pesalah yang dijatuhi hukuman mati bagi semua jenayah turut meningkat dengan ketara, dengan sekurang-kurangnya 282 pesalah menjalani hukuman itu setakat ini pada 2023.

Jumlah itu hampir dua kali ganda berbanding yang direkodkan pada awal Jun tahun lalu.

“Jika pihak berkuasa terus melaksanakan hukuman mati pada kadar yang membimbangkan ini, hampir seribu banduan akan menjalani hukuman mati menjelang akhir tahun ini,” Amnesty memberi amaran.

Menurut Amnesty, Iran antara negara paling banyak melaksanakan hukuman mati pada 2022, selepas China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya