HSR Bandung-Jakarta cecah kelajuan maksimum 350km/j - Utusan Malaysia

HSR Bandung-Jakarta cecah kelajuan maksimum 350km/j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kelajuan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung berjaya mencapai kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dalam ujian bersepadu yang dilakukan pada Khamis lalu.

Dengan kejayaan itu, sekali gus menandakan HSR berkenaan berjaya mencapai matlamat dalam fasa ujian bersepadu.

Sejak ujian bersepadu dimulakan pada 22 Mei lalu, Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) dengan beberapa syarikat China menjalankan ujian untuk meningkatkan kelajuan tren secara berperingkat, iaitu dari 180 kilometer sejam hingga 350 kilometer sejam.

Ujian itu bagi memeriksa fungsi dan pelbagai indeks mengenai landasan, pembekalan elektrik, telekomunikasi, isyarat, penyeliaan amaran untuk memastikan kelancaran terhadap ujian fasa seterusnya serta pengoperasian rasmi.

Projek landasan sejauh 142.3km yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu merupakan projek ikonik dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama China-Indonesia.

Untuk rekod, ia juga merupakan projek pertama pembinaan HSR China di luar negara dengan segenap komponen dan rantaian perindustrian melalui teknologi dan standard China.

Apabila projek itu siap, perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya