Hidangan batu kerikil tumis jadi tumpuan di China

Hidangan batu kerikil tumis jadi tumpuan di China

RAKAMAN video menunjukkan lelaki menjual hidangan batu kerikil tumis di wilayah Hunan, China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Satu menu makanan unik menampilkan batu kerikil yang ditumis dengan bahan perencah menjadi tumpuan di China.

Lapor The Guardian, beberapa video menunjukkan cara hidangan itu disediakan menjadi tular dalam media sosial.

Dalam satu video, seorang lelaki dipercayai tukang masak sedang menggoreng batu kerikil bersama campuran bawang putih dan cili di pasar malam.

Rakaman lain pula memaparkan adegan penduduk kampung sedang memasak batu yang dikutip dari tebing sungai.

Difahamkan, hidangan unik itu dikenali sebagai Suodiu.

Batu kerikil itu tidak ditelan, sebaliknya hanya dikemam dalam mulut bagi merasai keenakan tumisan dan selepas itu ia dikeluarkan.

Satu video dengan hampir 800,000 tontonan menunjukkan Suodiu dijual pada harga 16 Yuan (RM10.35) bagi setiap hidangan.

Rata-rata warganet menyifatkan harga dikenakan bagi hidangan itu amat mahal memandangkan bahan-bahannya boleh digunakan semula.

Dilaporkan, hidangan unik itu berasal dari Hubei dan dipercayai mempunyai sejarah lama di China.

Menurut seorang pekerja bot di kawasan berkenaan, Suodiu sudah lama wujud sejak ratusan tahun.

“Suodiu hanya dimakan apabila bekalan makanan dan sayur-sayuran habis sepenuhnya ketika mengembara sepanjang Sungai Yangtze,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya