Gunung Berapi Mayon meletus, ribuan penduduk berpindah

Gunung Berapi Mayon meletus, ribuan penduduk berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Beribu-ribu penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Berapi Mayon di Filipina berpindah ke pusat pemindahan sementara ketika gunung itu meletus dengan memuntahkan debu.

Operasi pemindahan itu berlaku ketika para pegawai memberi amaran mengenai masalah kesihatan bakal dihadapi penduduk sekiranya terhidu debu dan gas toksik dikeluarkan oleh gunung berapi itu.

Menurut pakar seismologi, pihaknya mengesan sekurang-kurangnya satu letusan gunung berapi dalam tempoh 24 jam.

Dilaporkan, beberapa bongkah batu berat jatuh akibat letusan Gunung Mayon di wilayah tengah Albay.

Pejabat Pertahanan Awam Filipina mengesahkan lebih 12,800 penduduk berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Jelasnya, kebanyakan penduduk itu tinggal di perkampungan berdekatan atau berhampiran kaki Gunung Mayon.

“Terdapat risiko kesihatan ketika penduduk berada dekat dengan letusan kerana terhidu gas sulfur dioksida atau bahan runtuhan debu,” kata Setiausaha Kementerian, Teodoro Herbosa dalam satu taklimat media.

Gunung Mayon yang terletak kira-kira 330 kilometer (km) tenggara ibu kota Manila, dianggap sebagai satu daripada 24 gunung berapi aktif yang paling tidak menentu di negara itu.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina mengesahkan beberapa bongkah batu jatuh akibat aliran lahar dari kawah gunung berapi berkenaan.

Gempa bumi dan aktiviti gunung berapi merupakan perkara biasa di Filipina disebabkan kedudukan Lingkaran Api Pasifik berada jauh di bawah permukaan bumi.

Lima tahun lalu, puluhan ribu penduduk di sekitar Gunung Mayon terpaksa dipindahkan selepas gunung berkenaan memuntahkan berjuta-juta tan debu, batu dan lahar.

Letusan paling kuat dalam tempoh beberapa dekad lalu adalah letusan Gunung Pinatubo pada tahun 1991, yang mengorbankan lebih 800 nyawa.

Bencana itu memuntahkan asap dan debu setinggi yang mampu mencapai ribuan kilometer – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya