Enam maut dalam drama tebusan di hotel Mogadishu - Utusan Malaysia

Enam maut dalam drama tebusan di hotel Mogadishu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya enam orang awam terbunuh dan 10 cedera dalam drama tebusan selama enam jam oleh kumpulan al-Shabaab di sebuah hotel di sini.

Kumpulan militan yang dikaitkan dengan al-Qaeda itu sering menyasarakan hotel untuk melancarkan serangan.

“Seramai enam orang awam maut dalam serangan itu dan 10 lagi cedera.

“Tiga anggota keselamatan juga maut ketika operasi menyelamat dilakukan,” menurut Pasukan Polis Somalia dalam kenyataan.

Serangan di hotel berkenaan bermula sebelum pukul 8 malam waktu tempatan semalam apabila tujuh anggota al-Shabaab menyerbu masuk ke premis berkenaan.

Drama tebusan berakhir pada pukul 2 pagi selepas kumpulan militan tersebut saling berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

Pihak berkuasa Somalia memaklumkan, ketujuh-tujuh anggota militan yang melakukan serangan tersebut maut ditembak polis.

Katanya, pasukan keselamatan berjaya menyelamatkan 84 orang termasuk wanita dan kanak-kanak serta warga emas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya