Dua terbunuh dalam serangan ke atas Konsulat AS di Jeddah

Dua terbunuh dalam serangan ke atas Konsulat AS di Jeddah

BANGUNAN Konsulat AS di Jeddah. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Seorang lelaki bersenjata yang menyerang bangunan Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Jeddah, terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

Lapor Saudi Press Agency (SPA), seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang bekerja di konsulat itu turut meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius. 

Berdasarkan laporan SPA, lelaki bersenjata menaiki sebuah kereta yang diberhentikan berhampiran bangunan Konsulat AS di Jeddah.

“Dia keluar dari keretanya sambil membawa senjata api di tangannya.

“Pasukan keselamatan terpaksa mengambil inisiatif menangani lelaki itu seperti dikehendaki dalam situasi tersebut,” jelas laporan itu.

Jurucakap polis Mekah memaklumkan siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Jabatan Negara AS mengesahkan tiada rakyat negaranya yang cedera dalam kejadian tembakan di luar konsulat itu.

“Kami menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan yang meninggal dunia,” jelasnya dalam satu kenyataan di Washington.

Serangan itu berlaku ketika Arab Saudi menerima kehadiran kira-kira 1.8 juta umat Islam untuk menunaikan ibadah haji di Mekah sekitar 70 kilometer (km) dari Jeddah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya