Dua pesawat berlanggar di lapangan terbang Tokyo - Utusan Malaysia

Dua pesawat berlanggar di lapangan terbang Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Dua pesawat penumpang berlanggar berhampiran landasan di Lapangan Terbang Haneda Tokyo, hari ini.

Menurut Kementerian Pengangkutan Jepun, insiden itu berlaku pada pukul 11 pagi waktu tempatan melibatkan pesawat milik EVA Air dan Thai Airways.

Lapor stesen penyiaran NHK, seramai 207 penumpang dan kru berada dalam pesawat EVA Air, manakala 264 orang di dalam pesawat Thai Airways.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan penumpang dan kru kedua-dua pesawat berkenaan.

Dalam pada itu, bahagian landasan yang menjadi lokasi insiden perlanggaran itu berlaku ini ditutup buat sementara waktu.

Rakaman video dari NHK menunjukkan sebahagian daripada sayap pesawat Thai Airways terpatah akibat insiden itu dengan serpihannya bertaburan atas landasn.

Video juga menunjukkkan petugas lapangan terbang membersihkan serpihan sayap yang bertaburan.

Selain itu, Pejabat Lapangan Terbang Tokyo menghantar beberapa pegawai ke lokasi kejadian bagi memeriksa situasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya