Doktor Sri Lanka keluarkan batu karang terbesar dunia, seberat 800gram - Utusan Malaysia

Doktor Sri Lanka keluarkan batu karang terbesar dunia, seberat 800gram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Doktor Sri Lanka berhasil mengeluarkan batu karang terbesar di dunia daripada seorang pesara tentera berusia 62 tahun.

Menurut tentera, batu karang yang dikeluarkan daripada bekas sarjan, Canistus Coonge, seberat 801 gram adalah lebih lima kali ganda berat berbanding buah pinggang lelaki biasa.

Batu karang Coonge berukuran 13.37 sentimeter panjang, berbanding dengan purata panjang buah pinggang antara 10 hingga 12 sentimeter.

“Pembuangan batu karang terbesar dan terberat di dunia melalui pembedahan besar berlaku pada 1 Jun lalu di Hospital Tentera Colombo,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dalam temubual dengan stesen televisyen tempatan, Coonge memaklumkan dia mengalami sakit perut sejak 2020 dan ubat oral yang diambilnya sebelum ini tidak membantu.

“Saya diberitahu perlu menjalani pembedahan selepas imbasan baru-baru ini dan saya rasa normal sekarang,” katanya.

Batu karang adalah mendapan mineral dan garam yang mengakibatkan kristal terbentuk dalam buah pinggang apabila ia menapis darah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya