Doktor, jururawat Indonesia bantah usul ubah undang-undang kesihatan - Utusan Malaysia

Doktor, jururawat Indonesia bantah usul ubah undang-undang kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ratusan doktor dan jururawat menggesa kerajaan supaya menghentikan perbincangan mengenai usul untuk menilai semula undang-undang penjagaan kesihatan di negara ini.

Golongan petugas perubatan itu memaklumkan, penilaian semula undang-undang berkenaan hanya menyebabkan perlindungan buat mereka semakin ‘hilang’.

Parlimen Indonesia pada Februari lalu mengusulkan penilaian semula terhadap undang-undang kesihatan sedia ada, termasuk cadangan memudahkan pesakit mendakwa petugas perubatan dengan tuduhan jenayah jika mereka berdepan rawatan yang tidak sepatutnya dan membenarkan pakar dari luar negara memenuhi ruang pekerjaan berkaitan perubatan di negara ini.

Kerajaan memaklumkan, penilaian semula itu penting untuk memastikan keseimbangan antara keperluan golongan petugas perubatan dan masyarakat.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi menjelaskan, rang undang-undang kesihatan baharu diperlukan untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan di negara ini.

Namun, cadangan itu ditentang lima kesatuan petugas perubatan yang menyifatkannya sebagai ‘tidak adil dan menindas mereka’.

“Kami bimbang perlindungan buat kami akan ‘menghilang’ sekiranya rang undang-undang kesihatan baharu diluluskan kerajaan,” ujar Ketua Persatuan Perubatan, Mohammad Adib Khumaidi ketika menyertai protes membantah tindakan tersebut.

Ketua Persatuan Doktor Gigi Indonesia, Usman Sumantri pula mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan mahu mengambil petugas perubatan dari luar Indonesia sebagai memenuhi kekurangan di negara ini merupakan langkah bagus atau sebaliknya.

“Kita perlu melihat dari semua sudut, terutamanya kebajikan petugas perubatan di negara sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya