Dadah Pyro 1,000 kali lebih kuat daripada morfin

Dadah Pyro 1,000 kali lebih kuat daripada morfin

OPIOID sintetik yang ditemukan itu dilaporkan 1,000 kali ganda lebih kuat berbanding morfin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Opioid sintetik yang dipercayai 1,000 kali ganda lebih kuat berbanding morfin, ditemukan di lokasi kejadian dua kes kematian di Essex, England.

Lapor Daily Mail, polis kini menjalankan siasatan terhadap kes kematian seorang lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 40-an di Basildon.

Pegawai polis mengeluarkan amaran selepas mengenal pasti kehadiran etonitazene dalam kes berkenaan.

“Bahan ini menimbulkan risiko tinggi kepada pengguna dan sesiapa sahaja yang mengendalikannya.

“Kadang kala opioid sintetik dimasukkan dalam dadah seperti heroin untuk menambah potensinya tetapi ia juga secara ketara meningkatkan risiko sesak pernafasan pengguna.

“Pegawai kami sedang menyiasat insiden ini dan yang penting untuk mencegah sebarang kematian selanjutnya,” jelas polis dalam satu kenyataan.

Opioid sintetik yang dikenali dengan nama Pyro, dikatakan lebih kuat berbanding dadah jenis fetanyl.

Fetanyl dipercayai 50 kali ganda lebih kuat daripada dadah heroin.

Tahun lalu, tiga lelaki meninggal dunia dalam tempoh tiga bulan selepas mengambil `dadah sintetik’ itu yang boleh didapati menerusi dark web.

Pelajar, Dylan Byfield-Levell, 20, Jakob Wozniak, 19, dan usahawan, Miles Davis, 27 meninggal dunia selepas mengambil opioid N-pyrrolidino etonitazene di Birmingham.

Semua kematian itu berlaku antara Oktober dan January pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya