Buaya `dara' hasilkan anak tanpa pasangan

Buaya `dara’ hasilkan anak tanpa pasangan 

PENYELIDIK mendapati tujuh daripada semua telur buaya ditemukan itu sudah disenyawakan. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN JOSE: Seekor buaya betina muda berjaya menghasilkan telur yang disenyawakan di sebuah zoo di Costa Rica.

Ini kali pertama saintis menunjukkan reptilia ganas itu yang diasingkan selama 16 tahun, boleh menghasilkan telur tanpa pasangan mengawan.

Malah, para saintis percaya spesies dinosaur juga mungkin dapat melakukan perkara yang sama.  

Lapor Daily Mail, penjaga zoo menemukan reptilia berusia 18 tahun itu mengeram 14 biji telur di kandangnya walaupun tidak pernah bersama buaya jantan dalam tempoh lebih sedekad.

Situasi itu bukan sesuatu luar biasa bagi buaya yang hidup kesepian menghasilkan telur tidak disenyawakan.

Namun, para penyelidik terkejut selepas mendapati tujuh daripada kesemua telur dijumpai itu sebenarnya sudah disenyawakan.

Walaupun telur reptilia terbabit tidak menetas selepas tiga bulan pengeraman, hanya sebiji didapati mengandungi janin betina terbentuk sepenuhnya yang secara genetik hampir sama dengan ibu buaya.

Sementara itu, profesor madya di Virginia Tech yang mengetuai kajian, Warren Booth berkata, penemuan itu berupaya menawarkan pemahaman jelas mengenai potensi keupayaan pembiakan kumpulan spesies archosaurs yang pupus termasuk dinosaur.           

Dengan bukti bahawa buaya dan burung boleh menghasilkan telur tanpa pasangan mengawan, Booth memaklumkan kebolehan itu merupakan `sifat semula jadi’ yang mungkin dimiliki kumpulan spesies haiwan tersebut.     

Para saintis juga percaya buaya betina itu melakukan proses senyawa telurnya sendiri sekali gus bermakna anak reptilia itu mengandungi dua asid deoksiribonukleik (DNA) ibunya.

Kajian itu disiarkan dalam Royal Society’s Biology Letters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya