Belarus terima senjata nuklear dari Russia Julai ini - Utusan Malaysia

Belarus terima senjata nuklear dari Russia Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan rancangannya untuk menempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus mulai awal Julai.

Putin berkata, persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau bertemu Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, lapor dpa, memetik agensi berita Rusia, TASS.

Pengumuman itu menyaksikan pemindahan senjata nuklear ke Belarus akan dibuat sebelum persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Lithuania, yang bersempadan dengan Belarus.

Persidangan NATO di ibu negara Lithuania, Vilnius, akan berlangsung pada 11 dan 12 Julai ini.

Putin mengumumkan pada 25 Mac lalu bahawa beliau akan memindahkan senjata nuklear Rusia ke negara sekutu dan bekas negara Soviet, Belarus.

Beliau membenarkan tindakan ini sambil menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah menyimpan senjata nuklear di Eropah, termasuk di Jerman, sejak bertahun-tahun.

Jika rancangan Moscow dilaksanakan, Belarus akan menerima peluru berpandu Iskander, untuk kali pertama sejak 1990-an, selepas kejatuhan Kesatuan Soviet.

Menurut laporan TASS, beberapa pesawat pejuang Belarus juga telah diubah suai bagi mengendalikan senjata baharu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya