Beijing keluar amaran cuaca panas tertinggi - Utusan Malaysia

Beijing keluar amaran cuaca panas tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Beijing menaikkan amaran cuaca panas kepada ‘merah’ iaitu tahap tertinggi dan sistem amaran berdasarkan kod warna, selepas suhu di sebahagian besar kawasan diramal meningkat melebihi 40 darjah Celsius.

Semalam, suhu maksimum di bandar dengan 22 juta penduduk itu melepasi 41 darjah Celsius, sekali gus memecahkan rekod suhu tertinggi bagi bulan ini.

Sebuah stesen cuaca di pinggir selatan, yang dianggap penanda aras bagi sukatan suhu di Beijing, merekodkan suhu 41.1 darjan Celsius pada waktu petang.

Suhu tertinggi pada bulan Jun sebelum ini ialah pada 10 Jun 1961, apabila suhu mencecah 40.6 darjah Celsius.

Kadar suhu maksimum harian dicatatkan semalam adalah yang kedua tertinggi dalam sejarah Beijing, sedikit di bawah 41.9 darjah Celsius direkodkan di Beijing pada 24 Julai 1999.

China memiliki sistem amaran empat peringkat dengan ‘merah’ tahap tertinggi, diikuti jingga, kuning dan biru.

Menurut laporan media tempatan, saintis berkata antara punca utama peningkatan suhu global adalah disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil.

“Kepanasan melampau ini bukan saja dialami di China, sebaliknya keadaan cuaca di seluruh dunia turut bertambah buruk.

“Banyak negara Asia mengalami gelombang panas dan mencatatkan peningkatan suhu, sehubungan itu, orang ramai dinasihat untuk kekal berada di rumah masing-masing terutama ketika cuaca panas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya