Batu delima terbesar dilelong AS$34.8 juta - Utusan Malaysia

Batu delima terbesar dilelong AS$34.8 juta

BATU delima terbesar pernah dilelong, dijual pada harga AS$34.8 juta (RM160.9 juta). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebutir batu delima seberat 55.22 karat berjaya dijual pada harga AS$34.8 juta (RM160.9 juta) dalam satu acara lelongan yang diadakan di New York.

Batu delima terbesar yang pernah dilelong itu, mencipta rekod baharu lelongan dunia bagi batu delima dan koleksi batu permata berwarna.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Sunrise Ruby, batu permata Burma seberat 25.59 karat yang dijual pada harga AS$30.3 juta (RM140.1 juta) di Sotheby’s Geneva pada Mei 2015.

Lapor Daily Mail, batu delima dinamakan sebagai Estrela de Fura dianggap sebagai `khazanah luar biasa’ pada acara lelongan Sotheby’s Magnificent Jewels di New York.

Estrela de Fura ditemukan di Mozambique pada Julai tahun lalu

Batu permata itu dijumpai di sebuah lombong yang dikendalikan oleh syarikat perlombongan, Fura berpangkalan di Dubai.

Batu delima yang ditemukan itu baru-baru ini dipotong daripada 101 karat kasar.

Beberapa pakar berpandangan penemuan batu delima itu yang dianggap `sekali dalam tempoh seabad’ itu menggemparkan industri batu pertama.

Malah, agensi lelongan Sotheby’s menyifatkan batu delima sebesar itu `amat jarang ditemukan’.

Katanya, hanya dua contoh koleksi batu permata demikian yang sebelum ini mencecah paras harga AS$15 juta (RM69.36 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya