Bangladesh dilanda gelombang haba terburuk dalam tempoh 5 dekad - Utusan Malaysia

Bangladesh dilanda gelombang haba terburuk dalam tempoh 5 dekad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Bangladesh dilanda gelombang haba yang tinggi selama hampir sebulan dalam tempoh dua bulan lalu, disifatkan sebagai yang terburuk sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1971.

Pegawai di Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD), berkata gelombang haba berlaku selama 24 hari pada April dan 22 hari pada Mei tahun ini.

Kedua-dua bulan itu juga menyaksikan purata hujan yang sangat rendah pada tahun ini, berbanding tempoh sama sepanjang 30 tahun lalu.

Pakar meteorologi di BMD, Md Bazlur Rashid, memaklumkan corak cuaca tahun ini amat luar biasa, di negara yang tidak pernah mengalami gelombang haba yang lama seperti itu, sekurang-kurangnya sejak 50 tahun lalu.

“Kekerapan gelombang haba sudah pasti meningkat,” katanya kepada Xinhua, semalam, selain memaklumkan suhu juga meningkat.

BMD mentakrifkan suhu 36 hingga 38 darjah Celsius sebagai gelombang haba ringan, 38 hingga 39.9 darjah Celsius sebagai gelombang haba sederhana dan lebih 41 darjah Celsius sebagai gelombang haba yang teruk.

Dhaka mengalami suhu 40.6 darjah Celsius pada 16 April lalu, yang tertinggi di ibu negara Bangladesh itu dalam tempoh 58 tahun.

Jumaat lalu, suhu tertinggi dicatatkan di wilayah Rajshahi di barat laut negara itu, iaitu 41.3 darjah Celsius.

Negara Asia Selatan dengan 165 juta penduduk itu terletak di delta sungai yang besar, namun sejak beberapa tahun lalu, bencana alam seperti banjir dan gelombang panas akibat cuaca melampau susulan perubahan iklim menyebabkan bencana berlaku lebih kerap berbanding biasa.

Ketika penduduk bergelut dengan gelombang haba paling lama dalam tempoh beberapa dekad, krisis tenaga memburukkan lagi keadaan mereka sejak beberapa bulan lalu, dengan bekalan elektrik yang sering terputus.

Di Dhaka, gangguan elektrik berlaku sekurang-kurangnya empat hingga lima jam secara purata dan lebih lapan hingga 10 jam di kawasan luar bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya