Arab Saudi, Iraq kecam tindakan bakar al-Quran di Sweden

Arab Saudi, Iraq kecam tindakan bakar al-Quran di Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi mengecam tindakan seorang lelaki berasal dari Iraq yang membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden.

Kementerian Luar Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang berupaya mencetuskan kebencian, perkauman serta bertentangan dengan usaha antarabangsa yang bertujuan menyebarkan nilai tolak ansur.

“Perbuatan yang penuh kebencian dan berulang kali ini tidak boleh diterima sama sekali dengan sebarang alasan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kira-kira 200 penduduk menyaksikan perbuatan Salwan Momika yang membakar kitab suci itu.

Salwan pada mulanya mengoyakkan beberapa helaian al-Quran lalu mengelap kasutnya. Dia kemudian meletakkan hirisan bacon sebelum membakar kitab suci umat Islam itu.

Sementara seorang individu yang bersama Salwan pula dilihat melaungkan kata-kata menggunakan alat pembesar suara.

Perbuatan biadab lelaki berkenaan di luar masjid di Stockholm menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Malah, tindakan itu mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sementara itu, Kementerian Luar Iraq turut mengutuk keputusan pihak berkuasa Sweden yang memberi kebenaran kepada golongan pelampau untuk melakukan tindakan sedemikian.

“Insiden seperti ini menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia dan mencetuskan provokasi berbahaya bagi mereka,” jelasnya dalam kenyataan di Baghdad. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya