Akdemi ganja di Afrika Selatan wujudkan peluang pekerjaan - Utusan Malaysia

Akdemi ganja di Afrika Selatan wujudkan peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Di pinggir bandar Johannesburg, Afrika Selatan, pohon ganja menghiasi dinding akademi tempat pelajar menanam ganja tetapi merokok bahan itu dilarang.

Pengasas bersama institusi penanaman ganja Linda Siboto, berkata pengajian penanaman tumbuhan itu bertujuan untuk menghilangkan stigma negatif mengenai ganja.

Institut itu mendakwa ia yang pertama ditubuhkan di Afrika.

“Penting bagi kami untuk membawa industri ini ke arah lebih profesional dan membuktikan kami bukan golongan sentiasa khayal ketika bercakap betapa hebatnya tumbuhan itu,” katanya.

Akademi itu berharap untuk menumpang pendekatan global mengenai peraturan ganja.

Dari Sepanyol ke California, semakin banyak kerajaan membenarkan orang menghisap ganja.

Di Afrika, penanaman ganja perubatan bermula di negara kecil, Lesotho dibenarkan sejak tahun 2017, membuka jalan bagi negara lain mengikuti langkah sama seperti Zimbabwe, Malawi dan Afrika Selatan, yang bercita-cita untuk menjadi kuasa besar ganja.

Presiden Cyril Ramaphosa tahun lepas berkata, ganja mempunyai potensi besar untuk menarik pelaburan dan mewujudkan lebih daripada 130,000 pekerjaan baharu.

Beliau berkata, industri itu juga mampu menjadi tarikan besar dalam negara yang mempunyai ekonomi yang lemah dan pengangguran yang besar.

Cheeba Cannabis Academy sedang menyediakan pelajar untuk mengambil bahagian dalam industri yang diharapkan.

“Untuk membolehkan ndustri ini membangun, ia memerlukan latihan dan pendidikan,” kata Siboto. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya