JAKARTA: Adik-beradik Hartono mengekalkan kedudukan sebagai antara 10 individu terkaya bagi tahun ini.
Berdasarkan laporan Real Time Billionaires Forbes, Robert Budi Hartono dan adiknya, Michael Hartono masing-masing berada di kedudukan pertama serta kedua dalam sebarai 10 individu terkaya Indonesia.
Budi merekodkan nilai kekayaan sebanyak AS$26.1 bilion (RM120 bilion), manakala adiknya, Michael mempunyai kekayaan AS$25 bilion (RM114.4 bilion).
Tempat ketiga pula menjadi milik Low Tuck Kwong dengan harta kekayaan sebanyak AS$21.3 bilion (RM98 bilion).
Pada awal tahun ini, nilai kekayaan Tuck Kwong bertambah AS$4.2 bilion (RM19.2 bilion), menjadikan beliau sebagai individu terkaya Indonesia.
Namun, kedudukannya tidak bertahan lama apabila adik-beradik Hartono mengukuhkan nilai kekayaan mereka untuk merampas kembali gelaran individu pertama dan kedua terkaya di republik ini.
Berikut senarai 10 individu terkaya Indonesia.
1) Robert Budi Hartono – AS$26.1 bilion (RM120 bilion)
2) Michael Hartono – AS$25 bilion (RM114.4 bilion)
3) Low Tuck Kwong – AS$21.3 bilion (RM98 bilion)
4) Sri Prakash Lohia – AS$7.1 bilion (RM32.5 bilion)
5) Prajogo pangestu – AS$5.4 bilion (RM25 bilion)
6) Chairul Tanjung – AS$4.6 bilion (RM21 bilion)
7) Tahir dan keluarga – AS$4.4 bilion (RM21 bilion)
8) Djoko Susanto – AS$4 bilion (RM18.3 bilion)
9) Lim Hariyanto Wijaya Sarwono – AS$3.8 bilion (RM17.4 bilion)
10) Dewi Kam – AS$3.5 bilion (RM16 bilion)